TERMS

::Terma & Syarat::

Terma dan Syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap di homestay kami.

  1. Osem Homestay tidak menerima tetamu yang ingin menginap secara tiba-tiba (ad-hoc). Jika anda ingin menginap di homestay kami, anda perlu membuat tempahan awal sekurang-kurangnya 1 hari awal sebelum tarikh penginapan anda.
  2. Selepas anda membuat tempahan, sila buat bayaran dan  emailkan resit pembayaran anda pada kami.
  3. Tempahan anda hanya akan diproses selepas pihak kami menerima bayaran penuh dan deposit. 
  4. Osem Homestay hanya membenarkan tetamu sah sahaja untuk menginap disini. Untuk tujuan ini anda perlu menunjukkan “Resit Osem Homestay” dan kad pengenalan / Passport kepada pengurus kami semasa anda mendaftar masuk (check-in).
  5. Sila patuhi waktu masuk (check in) adalah pukul 2.30 petang dan waktu keluar  (check out) 12.30 tengahari. Check out yang lewat dari pukul 12.30 tengahari tidak dibenarkan jika ada penyewa lain yang akan menginap.
  6. Untuk mengelak kesulitan, sila simpan resit dan semak tarikh anda menyewa homestay adalah BETUL.
  7. Jika anda ingin membatalkan tempahan, deposit RM50 tidak akan dipulangkan. Ini kerana bila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan  penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut. Jadi sebelum anda membuat tempahan pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah.
  8. Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap disini. Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar.
  9. Semua suis elektrik hendaklah dipadam selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua suis termasuk suis kipas/lampu/aircond apabila  meninggalkan rumah.
  10. Tetamu yang menginap disini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi/deposit tidak akan dipulangkan.
  11. Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.
  12. Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
  13. Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang di dalam rumah.
  14. Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan. Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.
  15. Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
  16. Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out. Bayaran deposit RM150 akan dipulangkan semula kepada anda sebaik sahaja anda menyerahkan kunci setelah pihak pengurusan memastikan tiada kerosakan, kecurian atau kehilangan peralatan di dalam rumah dan tiada kelewatan waktu check-out.

*NOTIS
PIHAK PENGURUSAN Osem Homestay TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI SEMASA MENGINAP DI SINI. 

%d bloggers like this: